Cerita ibu.. MELINDUNGI ANDA DAN ANAK2 YANG LEBIH - TopicsExpress



          

Cerita ibu.. MELINDUNGI ANDA DAN ANAK2 YANG LEBIH TUA =============================== • Jika anda atau suami anda, atau kanak-kanak yang lebih tua memakai kanta sentuh, adalah baik jika anda berhenti memakainya semasa jerebu berada di tahap yang teruk. • Simptom seperti berdehit, hidung meleleh, tekak kering dan batuk boleh dilegakan dengan pil selesema atau ubat batuk. Anda boleh membeli ubat-ubat ini di farmasi. • Pakailah topeng apabila jerebu menjadi teruk. Pada masa-masa Indeks Pencemar Udara melebihi 150 (dalam julat ‘Tidak Sihat’), fikirkanlah pemakaian topeng. Cari topeng yang disahkan gred N95. Ini bermakna topeng itu mampu menapiskan partikel halus dan mencegah anda daripada menyedut partikel jerebu dari udara. Ganti topeng anda apabila ia menjadi kotor atau kehilangan bentuk. Topeng surgeri biasa tidak memberikan pelindungan yang cukup dari partikel jerebu. Penting! Mereka yang menghidap penyakit repiratori harus berbincang dengan doktor mereka sebelum memakai topeng respirator. SUMBER : babycenter.my/ LIKE >> https://facebook/BilaIbuBercerita
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 04:15:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015