Cerita kedai kopi memang popular tidak kira bangsa atau kaum yg - TopicsExpress



          

Cerita kedai kopi memang popular tidak kira bangsa atau kaum yg terdapat di Kudat khususnya di Pekan Sikuati. Cerita politik juga yg menjadi bahan bualan utama demi memeriahkan lagi tamu hari Minggu di Pekan Sikuati. Yang baiknya rungus, bajau, cina dan lain-lain lagi kaum/bangsa tetap duduk semeja berbual-bual sambil sekali-sekala diiringi dengan gelak ketawa seakan-akan PRU 14 hampir tiba. Antara yg hangat diperkatakan ialah isu lompat parti. Mereka rasa teraniaya hingga keluarla perkataan tiada integriti, mengkhianati mandat rakyat dll. Apa pun isu ini ada pro dan kontra.....yg jelas rakyat rasa dikhianati, manakala yg melompat harus menunjukkan/memberikan sesuatu yg terbaik untuk rakyat iaitu pembangunan yg lebih baik dari yg sebelumnya. Jika tidak rakyat terpaksa buat pilihan . Apa salahnya tukar baju lama kepada baju baru kalau yg lama sakit mata memandang kerana tak berikan perkhidmatan yg terbaik kepada tuannya. he.he......rakyat memang mengharapkan janji-janji PRU 13 dapat ditunaikan.
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 02:46:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015