Cerita suatu pagi: Ahmad,yakni seorang peminat tegar Manchester - TopicsExpress



          

Cerita suatu pagi: Ahmad,yakni seorang peminat tegar Manchester United (MU) baru saja beli Iphone 5s awal pagi tadi. Iphone tersebut bernilai RM3500. Ahmad begitu bangga dengan pencapaian mendapatkan Iphone terbaru itu selepas dia bekerja keras selama 5 bulan. Dah dapat Iphone 5s,applikasi pertama yang dia Install adalah BPL Live Score. Disebabkan dia bekerja keras selama 5 bulan,dia penat dan tertidur semalam sekaligus menyebabkan dia terlepas perlawanan MU vs West Brom semalam. Dengan yakin dia merasakan MU membelasah West Brom tanpa belas kasihan dan Ahmad yakin MU akan naik liga selepas kemenangan tersebut. Jadi Ahmad pun bukak App BPL tersebut,alangkah terkejutnya Ahmad apabila MU tiada dalam senarai top-10 liga BPL. Hampir 40 kali Ahmad refresh Iphone dia dan 59 kali dia on dan off Iphone dia tapi dia masih tak nampak MU dalam carta liga. Berang dan marah dengan keadaan itu, Ahmad terus ke kedai Apple yang hanya 4KM dari rumahnya. Dengan selamba Ahmad menendang pintu kedai Apple tersebut dan terus menerajang paip aircond kedai tersebut. Dengan kata-kata kesat,Ahmad memaki hamun pekerja kedai Apple tersebut. Ahmad cuba ditenangkan namun dia tetap mengamuk. Ahmad terus menuduh Iphone 5s yang dibelinya adalah Iphone yang tak original. Kemudian pengurus kedai Apple bertanya apakah masalah utama yang dihadapi oleh Ahmad. Ahmad dengan marah pun bercerita,dia marah kerana dia tidak dapat melihat kelibat MU dalam carta liga dan ini semua salah Iphone tersebut. Dengan tidak semena-menanya,pengurus tersebut membuka Highlight game MU vs West Brom dan keputusan menunjukan MU kalah 1-2. Kemudian pengurus tersebut memberitahu Ahmad supaya scroll down carta liga BPL di Iphone 5s nya. Alangkah terkejutnya Ahmad apabila melihat team kesayanganya berada di tangga ke-12 liga. Dengan selambanya Ahmad lari bagaikan lipas kudung disebabkan malu. Pengurus di kedai Apple itu dengan rilexnya memerhatikan Ahmad yang tergolek jatuh dalam longkang.
Posted on: Sun, 29 Sep 2013 03:27:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015