‘Chicken Cottage’ Halalan Toyyiban Terengganu untuk - TopicsExpress



          

‘Chicken Cottage’ Halalan Toyyiban Terengganu untuk dunia Satu lagi usaha kerajaan negeri bagi mengusaha produk Halalan Toyyiban ke seluruh dunia.pengambilalihan itu merupakan pelaburan negeri dalam industri makanan halal selain menjana pendapatan negeri untuk masa depan. “Ini kerana Chicken Cottage adalah satu nama yang agak besar dalam industri restoran makanan segera dengan mempunyai 151 francais di United Kingdom serta di Pakistan, Algeria, Perancis, Dubai, Slovakia, Afrika Selatan, Libya, Sweden, Itali dan Iraq. “Pelaburan ini dilihat mempunyai potensi besar untuk berkembang di serata dunia berdasarkan kepada kejayaannya di United Kingdom dan permintaan tinggi daripada bakal franchisee terutamanya dari India dan Australia,” katanya. Chicken Cottage turut dimiliki oleh Global Food Branchs Inc dengan pegangan saham sebanyak 30 peratus. Ahmad berkata, pengambilalihan itu dijangka menyediakan platform kukuh meraih satu lagi sumber pendapatan stabil kepada Terengganu Inc, sekali gus terus dapat memberikan pulangan berdaya saing kepada pendepositnya. “Istimewanya, produk makanan Chicken Cottage adalah produk halal, sekali gus memudahkannya untuk berkembang kerana boleh dinikmati hampir setiap masyarakat dunia tanpa mengira kaum atau agama. “Selain membuka cawangan di Malaysia khususnya Terengganu, produk itu akan dikembangkan ke pasaran China dan negara-negara Timur Tengah,” katanya. Beliau berkata, cadangan pengambilalihan itu juga sebahagian daripada strategi syarikat seperti terkandung dalam Pelan Strategik TISB 2014 hingga 2018.
Posted on: Wed, 26 Feb 2014 13:35:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015