Ciri-Ciri Lelaki Dayus? Secara mudahnya cuba kita lihat betapa - TopicsExpress



          

Ciri-Ciri Lelaki Dayus? Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi dayus, berikut antaranya: 1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah, mahupun hanya mata yang menikmati 2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan siapa (lelaki atau perempuan), serta apa tidak tanduknya di pejabat dan siapa yang menghantar 3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat 4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya 5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami 6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah 7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram 8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali 9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna 10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam (seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya) 11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan 12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita 13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu 14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian 15. Membiarkan kemungkaran dan keingkaran ‘tanggungannya’ (isteri dan anak-anaknya yang derhaka)
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 13:40:25 +0000

Trending Topics



b>

Recently Viewed Topics




© 2015