Coretan di malam ke 24 dan hari ke 23 ramadhan.... - Belajarlah - TopicsExpress



          

Coretan di malam ke 24 dan hari ke 23 ramadhan.... - Belajarlah dari kura-kura - Lihat bagaimana kura-kura berjalan. Perlahan bukan, tetapi tetap konsisten. Ia tetap berjalan perlahan meski di belakangnya terdapat pelbagai masalah mengejarnya. Ia tetap teliti, tenang dan mengolah kesibukan serta cabaran dengan pola yang sama. Istiqamah dan sangat memahami peranannya. Tidak pernah tersentak apatah lagi lemah semangat dengan apa yang mendatang. Mungkinkah kita dapat meniru sosok kura-kura ini. Selalu berjalan dengan tenang, sesuai dengan visi dan misi yang sudah di canangkan. Ketenangannya tidak pernah tergugah oleh sebarang cabaran yang melanda. Meski haru biru suasana sekitar, setiap orang mengejar setiap matlamat lewat pekerjaan, tapi hati tetap boleh menikmati apa yang ada. Jiwa menjadi terdidik untuk bersabar dengan segala cubaan. Kita sudah ada matlamat, justeru tetaplah fokus dengan apa yang sudah dipersiapkan. InsyaAllah matlamat yang diburu pasti digenggam. Jangan terjebak dengan ketergesaan, kerana hidup ini sangat terseksa kalau dijalani dengan tergesa-gesa. Simpan tenaga untuk berlari, kerana sekarang apa yang diperlukan hanyalah berjalan. Simpan tenaga untuk nafas yang panjang, kerana hidup adalah episod yang tidak segera tamat. Akan selalu ada cerita baru yang membuat kita terus belajar untuk menjadi manusia dewasa. --------------------------------- sedikit perkongsian daripada saya, bukan idea saya 100%, diceduk dari sumber yang lain dan diadaptasikan oleh saya, dalam erti kata lain, ianya adalah secondary sources, not primary sources. ^______________________________^v
Posted on: Thu, 01 Aug 2013 14:25:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015