Cubaan seludup diesel tumpas Posted on October 3, 2013, - TopicsExpress



          

Cubaan seludup diesel tumpas Posted on October 3, 2013, Thursday TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan cubaan sindiket penyeludupan minyak diesel apabila merampas lebih 20,400 liter bahan bakar terbabit di sebuah premis tidak bernombor di Sungai Kinabutan, Batu 5 Jalan Apas di sini. Menurut Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohammad Madun, pihaknya turut memberkas empat suspek berusia 25 hingga 50 tahun untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan. “Serbuan ini dibuat kira-kira jam 7.30 malam kelmarin dengan diketuai Pegawai Pemerintah PPM Tawau, Asisten Supritendan Krishnan Ramasamy dan kita juga merampas dua kenderaan yang sudah diubahsuai,” katanya. Mohammad berkata keempat-empat suspek didapati sedang giat melakukan kerja-kerja pemindahan minyak diesel ke sebuah tangki simpanan yang terletak di kawasan premis terbabit semasa serbuan dibuat PPM Tawau. Beliau berkata PPM Tawau berjaya menemui tiga tangki berisi muatan diesel masing-masing sebanyak 7,000 liter, 9,000 liter dan 1,100 liter semasa pemeriksaan lanjut dijalankan di kawasan berkenaan. “Kita turut menemui sembilan lagi tong dan lima daripadanya masih berisi 1,000 liter serta dua pam yang dipercayai digunakan untuk pemindahan minyak diesel,” katanya menerusi kenyataan medianya di sini kelmarin. Mohammad berkata sebuah lori yang mempunyai muatan diesel lebih kurang 1,500 litet turut dirampas dalam serbuan berkenaan selain sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux membawa 800 liter minyak diesel. Hasil siasatan lanjut, beliau berkata premis itu didapati beroperasi secara haram tanpa sebarang kebenaran atau permit sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). “Kita percaya premis ini digunakan oleh sindiket terbabit untuk menjalankan kerja-kerja penyimpanan dan pengumpulan minyak diesel yang dibeli dari stesen-stesen minyak di sekitar daerah ini,” katanya. Menyentuh mengenai tindakan susulan pihaknya pula, beliau berkata kesemua suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pantai PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya dan tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan dan Bekalan 1961. Berhubung minyak diesel dan kenderaan yang dirampas pula, Mohammad berkata pihaknya akan menyerahkan barang-barang kes berkenaan kepada KPDNKK Tawau untuk tindakan susulan. Read more: theborneopost/2013/10/03/cubaan-seludup-diesel-tumpas/#ixzz2gbj9L0je #MyTawau - https://facebook/mytawau
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 01:00:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015