Cubaan sogok Sirul tidak pelik KUALA LUMPUR 24 Jun - Cubaan - TopicsExpress



          

Cubaan sogok Sirul tidak pelik KUALA LUMPUR 24 Jun - Cubaan pembangkang menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar Umar bagi memaksa bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu membuat kenyataan palsu mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu bukan sesuatu yang pelik. Bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau tidak terkejut dengan pendedahan cubaan sogokan bernilai RM3 juta kerana sewaktu mengendali kes Ketua Pembangkang dulu, memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri. "Saya langsung tidak terkejut mengenai cubaan untuk menyogok keluarga Sirul dengan menawarkan wang tunai RM3 juta. Ini kerana memang sejak dahulu Anwar dan pemimpin pembangkang lain merancang untuk memfitnah Perdana Menteri menggunakan isu pembunuhan Altantuya. Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul dengan wang tunai RM3 juta agar bersetuju membuat kenyataan palsu ke atas Najib. Dalam pada itu, Zulkifli menyelar sikap membisu Jabatan Peguam Negara yang sehingga kini tidak mengambil sebarang tindakan, walaupun telah seminggu pendedahan mengenai rancangan mensabotaj kes pembunuhan Altantuya dengan cubaan sogokan wang tunai dibuat. Katanya, kegagalan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak secara proaktif dan tegas dalam banyak perkara yang berkait dengan pembangkang, meskipun jelas menyalahi undang-undang menimbulkan persepsi salah iaitu mereka bebas melakukan apa sahaja. "Kini wujud persepsi di kalangan rakyat bahawa Jabatan Peguam Negara memilih bulu dalam melaksanakan tugasnya kerana pantang ada silap dilakukan pemimpin kerajaan pasti ada pendakwaan tetapi apabila membabitkan pembangkang mereka membisu," katanya. Artikel Penuh: utusan.my/utusan/Politik/20130625/po_05/Cubaan-sogok-Sirul-tidak-pelik#ixzz2XJ9xn27d © Utusan Melayu (M) Bhd KOMEN. ABAH SANGAT TERKEJUT JIKA PERSEPI YANG DIKATAKAN OLEH SAUDARA ZULKIFLI NORDIN TERHADAP PENDAKWA RAYA YANG MEMILIH BULU DALAM MELAKSANAKAN TUGASNYA SATU KENYATAAN. HAKIKATNYA NAMPAK BENAR.CONTOH KES MERANCANG PENCEROBOHAN DILAHAD DATU OLEH PENGGANAS SULU TEMPUH HARI YANG DIKATAKAN MELIBATKAN BEBERAPA PERSONALITI PEMBANGKANG DI NEGARA INI, DIAM SERIBU BAHASA.
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 08:33:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015