DADAH IRAN DAN NIGERIA KUASAI PASARAN TEMPATAN Kuching, 19 Okt - TopicsExpress



          

DADAH IRAN DAN NIGERIA KUASAI PASARAN TEMPATAN Kuching, 19 Okt - Kebanyakan dadah yang dipasarkan di negara ini diseludup masuk dari Iran dan Nigeria, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Selain itu beliau berkata kementeriannya juga mendapati wujud kerjasama antara pembekal dadah dari negara terbabit dengan pengedar tempatan untuk melakukan aktiviti jenayah lain. Selain Malaysia, masalah ini turut melibatkan beberapa negara jiran seperti Brunei dan Singapura yang menjadi negara transit bagi aktiviti penyeludupan dadah, katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Klien di Pusat Pemulihan, Penjagaan dan Penyembuhan (CCRC) di sini hari ini. Hadir sama Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sarawak Wan Madihi Wan Salleh dan Pengarah CCRC daerah Winnie Lugit. Wan Junaidi berkata perkara itu berbangkit dalam persidangan keselamatan negara anggota Asean baru-baru ini. Hasil persidangan itu juga negara anggota Asean bersetuju untuk mengadakan persidangan undang-undang bagi menyeragamkan peraturan bersabit penyeludupan dadah di negara masing-masing, katanya. - BERNAMA
Posted on: Sat, 19 Oct 2013 12:08:12 +0000

Trending Topics



"sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> We are concerned about tornadoes today in portions of eastern
skuaw
#MASalert - Status of Flight Operations To/From Bangkok Please

Recently Viewed Topics




© 2015