DENGAN PANGKAT MANUSIA DIUKUR BENAR DAN SALAH??? Masyarakat - TopicsExpress



          

DENGAN PANGKAT MANUSIA DIUKUR BENAR DAN SALAH??? Masyarakat sekarang ni bab ilmu mereka suka tengok pangkat iaitu siapa yang bercakap? SehinggA ada yang tanya siapa anda nak pertikai ustaz ni?Ertinya ustaz itu tidak ada salah dan silap dan tak boleh pertikaikan apa yang dia sampaikan. Ertinya kita dah bawa fahaman syiah iaitu imam2 dan tok sheikh2 mereka itu maksum. Hujah masyarakat zaman sekarang ni : Eh, xkanlah ustaz ni xtau,dia baru balik dari mesir ni lulusan azhar lagi,siap boleh masuk TV,kalau dia tak betul xkan dia boleh masuk TV,kau sape nak kritik dan tegur dia,kau pun xpernah masuk TV..Ustaz ni dahla ramai pengikut xkanlah orang lain xtegur pun tiba2 kau saja yang nampak dia salah...Kalau beginilah hujahnya rosaklah agama apabila menilai populariti dan personaliti. Maka mari kita lihat pangkat pendakwah sunnah di Malaysia : 1.Dr.Mohd.Radzi Osman 2.Dr.Abdullah Yasin 3.Dr.Johari Mat 4.Dr.Fauzi Deraman 5.Dr.Sulaiman Nordin 6.Dr.Azwira 7.Dr.Abdul Basit Abdul Rahman 8.Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin 9.Dr.Juanda Jaya 10.Dr.Fathul Bari Mat Jahya 11.Dr.Fadhlan Othman Mari kita lihat pula pangkat pendakwah sunnah di luar Malaysia 1.DR.Bilal Phillips 2.Dr Zakir Naik 3.Dr Abdur Raheem Green 4.Dr.Khalid Yassin 5.DR. Shalih bin Fauzan Al Fauzan 6.Dr Wahbah Zuhaili Pendakwah Ahbash : 1.Abu syafiq 2.Zamihan Al ghari 3.Hassan Saqqaf 4.Adlan Abd Aziz Namun saya secara peribadi bukanlah orang yang melihat pada pangkat dan sebagainya kerana pangkat tidak menjamin seseorang itu benar atau salah akan tetapi isi kata2 nya itu yang membuktikan benar atau salah... Hatta dr zakir naik pernah berkata dalam Speech nya iaitu apa yang Dr zakir kata adalah ZERO (kosong) No value (tiada nilai) tetapi apa yang Allah dan Rasul kata bawalah ia. Dr MAZA juga berkata dalam ceramahnya Tuan2 apabila mendengar kata ustaz itu bercanggah dengan quran dan hadis maka angkat tangan dan tanya kenapa hadis kata lain ustaz cakap lain? Hatta saya (dr maza) berkata pun anda boleh kritik. Ustaz Rasul Dahri pernah kata dalam ceramahnya saya masih ingt janganlah ikut Rasul Dahri ikutlah Rasullulah s.a.w...Apa yang Rasullulah s.a.w kata ambil,apa yang Rasul Dahri kata nilai dulu. Imam malik Rahimahullah berkata : Kata2 manusia boleh diambil boleh ditolak kecuali kata org ini (sambil menunjukkan ke maqam nabi s.a.w) Imam syafie berkata :Sesiapa yang mengetahui hadis sahih, tidak boleh meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w hanya kerana mengikut pendapat seseorang.” (Rujuk Ibn al-Qayim, jil. 2, ms. 361 dan al-Fulani, ms. 68) Maka jika kita mengambil dari segi pangkat pastilah pendakwah sunnah di malaysia ini saja yang betul kalau ambil dari segi pangkat... Namun itu bukanlah jalan dalam mengambil kira benar atau salah...Caranya adalah dengan jalan pendalilan yang diberikan sama ada menepati sunnah atau bercanggah dengan sunnah... Kesimpulannya Lihatlah apa yang dikatakan,jangan melihat siapa yang berkata.
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 10:53:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015