DI SEBALIK LAUNGAN 31 OGOS Di sebalik laungan 31 Ogos 1957 ada - TopicsExpress



          

DI SEBALIK LAUNGAN 31 OGOS Di sebalik laungan 31 Ogos 1957 ada rentetan sejarah perjuangan yang panjang 1511, ketika Benggali Putih memulakan penjajahan Melaka menjadi medan penentangan dari anak bangsa yang murka bila tanahair mereka dipersenda oleh petualang durja yang cuba berkuasa yang ingin membina empayar untuk memonopoli khazanah negara juga mencemar budaya. Laungan 31 Ogos adalah kesinambungan jeritan semangat yang telah tertanam berabad lamanya di dada warga yang cintakan negara ini dari zaman kegemilangan Melaka hinggalah ke zaman millennium ini kerana negara ini punya daulat yang wajib dipertahankan oleh setiap warga yang mengaku negara ini tanah tumpah darahnya. Laungan ini belum berakhir perjuangan ini juga belum bernoktah merdeka bukan hanya dari sebaris laungan merdeka juga bukan hanya dengan kata-kata malah ada sesuatu yang lebih besar dari itu yang harus kita perbetulkan agar kemerdekaan ini akan terus menjadi milik kita bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk selama-lamanya. Qalam Bertinta Klang 15082013 2121pm
Posted on: Thu, 15 Aug 2013 13:42:32 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015