DOA BUAT SUAMI Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah Ya Rahman Ya - TopicsExpress



          

DOA BUAT SUAMI Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat.. Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkan semangatku menempuhi segala cabaran Mu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah, Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan unt terus bersamanya Jika suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian Mu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara unt. ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya­ suami ku ini adalah yg terbaik untukku di dunia Mu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya.. Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.. Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah... Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap membuat keputusan.. Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri.. Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu.. Aku buta tanpa bimbingan Mu.. Aku kekurangan tanpa hidayah Mu.. Aku hina tanpa Rahmat Mu.. Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi.. Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa di hati suamiku.. "I LOVE MY HUSBAND".. jika info ini berguna sila like ---> Persatuan Ibu-Ibu Hamil Comel
Posted on: Sun, 15 Sep 2013 07:14:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015