DR .QARADHAWI SELAMAT TIBA DI KAHERAH UNTUK SOKONGAN "HARI - TopicsExpress



          

DR .QARADHAWI SELAMAT TIBA DI KAHERAH UNTUK SOKONGAN "HARI SYRIA" Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Yusuf Qardhawi selamat tiba di Kaherah dua hari lalu, hari Selasa bagi menyertai umat Islam di Mesir dan seluruh dunia menghadiri sambutan menyokong perjuangan rakyat Syria. Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh beliau minggu lalu menyeru umat Islam menjadikan Jumaat 14 Jun sebagai "Hari Bantuan kepada Rakyat Syria". Beliau yang tiba dari Doha, Qatar berada di atas kerusi roda akan menghadiri ijtimak anjuran Majlis Penyelaras Islam Antarabangsa bertemakan "Pendirian Ulamak Ummah Berhadapan Isu Syria" hari ini, Khamis.
Posted on: Thu, 13 Jun 2013 10:27:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015