DUNIA Implan payudara PIP jejas kesihatan 2013/08/28 Buenos - TopicsExpress



          

DUNIA Implan payudara PIP jejas kesihatan 2013/08/28 Buenos Aires: Kira-kira 300 wanita di Argentina yang menghadapi masalah dengan implan payudara semalam memfailkan saman ganti rugi ke atas tiga firma Eropah berjumlah AS$54.7 juta (RM182.2 juta), kata peguam. Kami sudah memfailkan saman ke atas syarikat Poly Implant Protheses (PIP) dari Perancis, bahagian kawalan kualiti syarikat TUV Rheinland dari Jerman dan syarikat insurans Jerman Allianz, kata Virginia Luna. Beliau juga memberi amaran jumlah saman yang dikemukakan mungkin meningkat kerana kira-kira 15,000 wanita dipercayai memakai implan PIP di Argentina saja. Dalam satu sampel yang diambil dikalangan 500 wanita, 19 peratus daripada mereka didapati mengalami masalah implan pecah, menyebabkan gel di dalamnya mengalir ke bahagian bawah lengan, leher, kepala dan paru-paru sehingga menjejaskan kesihatan, katanya. Tidak beracun Berita mengenai kegagalan implan payudara yang mula tersebar pada pada 2011 menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia, tetapi pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara menyatakan bahawa bahan prostetik di dalam implan itu tidak beracun atau meningkatkan risiko barah payudara. Aktivis kesihatan berkata, doktor di Perancis sudah membuang implan PIP 15,000 wanita di negara itu dan mendapati kira-kira 25 daripada mereka mengalami masalah implan bocor atau pecah. Agensi Keselamatan Perubatan Kebangsaan (ANSM) berkata sejumlah 16,426 wanita sudah menjalani pembedahan membuang implan payudara mereka sejak penyiasat mendapati ia mempunyai risiko dua kali ganda untuk pecah kerana PIP menghasilkannya menggunakan silikon industri. Pengasas PIP Jean-Claude Mas, 73, sudah didakwa dengan pembunuhan dan penipuan. Implan keluaran PIP juga diharamkan manakala syarikat terbabit dibubarkan. AGENSI
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 04:38:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015