Dalam keadaan langit yang dicemari pencemaran cahaya, kita masih - TopicsExpress



          

Dalam keadaan langit yang dicemari pencemaran cahaya, kita masih lagi boleh merakam objek angkasa raya, dengan menggunakan peralatan yang biasa-biasa je. Foto di bawah menunjukkan SEBELUM dan SELEPAS diproses menggunakan perisian PixInsight. Objek itu ialah gugusan bintang dipanggil sebagai M4, di dalam buruj Scorpio berhampiran dengan bintang Antares. Dari lokasi SGO, langit kawasan tu kemerahan, sehinggakan walaupun ambil exposure 20 saat (foto sebelah atas), ia telah menyebabkan latar belakang foto itu terang cerah. Namun, setelah digabungkan sebanyak 9 frame (dengan setiap satu 20 saat), dan proses menggunakan perisian PixInsight, kita mampu mendapatkan hasil akhir yang agak menarik (sebelah bawah). Warna setiap bintang dalam gugusan M4 ini pun agak jelas kelihatan. Kesemua ini InsyaAllah akan diajar menerusi FalakOnline Profesional Astronomy Coaching Program. Berminat nak join? Jom beri feedback di sini --> https://facebook/falakonline/posts/10151441169231512
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 03:21:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015