Dalam kedinginan pagi yang membungkam perasaan jiwa sanubari ini, - TopicsExpress



          

Dalam kedinginan pagi yang membungkam perasaan jiwa sanubari ini, tiba tiba aku terfikir tentang akaun facebook yang aku milikki ini. Inilah realiti yang tidak dapat dihindarkan lagi. Dunia semakin kecil yg sekali gus membentuk masyarakat maya - " virtual community","cyberspace","cyber society" dan " hyper real". Walau pun facebook yang berada terselit didalam planet galaksi alam maya ini bukanlah alam fizikal yang sebenar,alam itu sudah semakin lama terasa seperti dunia sebenar. Di sinilah aku mengenali rakan rakan ku dimerata rata dunia. Aku kini boleh berkomunikasi, berbincang dan bermesyuarat dan berurusniaga di face book dengan rakan rakan yg terpisah beribu ribu batu, tidak kira siang atau malam. Dalam hal yg sama , jarak geografi dan masa bukan lagi satu masalah. Alam maya ini bukan alam ghaib. Alam maya ini tempat terhimpunnya segugusan kelompok makhluk tuhan bernama manusia. Disini bukan tempat makhluk jin. Kalaulah alam maya ini alam ghaib, maka manusia mampu juga berkomunikasi dengan para jin. Alam maya khas untuk para manusia sahaja. Penggunaan face book juga telah mendorong beberapa masyarakat manusia menstruktur kembali sistem sosialnya. Dan ada kalanya mereka melampaui batas sempadan tata susila hukum agama. Karekter sebenar terbongkar didalam private mesej. Apa kah ia sebenarnya merupakan satu rahmat kepada pelarian kehidupan dalam bentuk ruang maya atau sekadar halunisasi [hallucination] yg kelihatannya ada tetapi tidak ada. Ia sekadar fasa2 kehidupan untuk mencari kehidupan yg bermakna yang sering terjebak dalam kekeliruan lalu mencari jawapan didalam kehidupan disebalik skrin. Mashallah....subhanallah..ya..allah ampunkanlah segala dosa dosa kami masyarakat hyper real dan cyber space ini.....!
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 23:48:11 +0000

Trending Topics



>
MK$ (D)B(M) PONDUS was just iced by Edward, which brings the

Recently Viewed Topics




© 2015