Dalam kehidupan semasa hari ini, tidak ada seorang pemimpin - TopicsExpress



          

Dalam kehidupan semasa hari ini, tidak ada seorang pemimpin sekalipun yang memiliki ‘tongkat mukjizat’ yang mampu menyelesaikan seluruh permasalahan negara dalam tempoh setahun. Malah pemimpin kuasa besar seperti Presiden Barack Obama terpaksa berhempas pulas meyakinkan rakyat Amerika Syarikat memberikan beliau mandat untuk penggal kedua bagi membolehkan segala langkah mengatasi kemelut ekonomi diatasi. Rakyat Amerika nampaknya rasional dengan permintaan Obama kerana memahami kerumitan sistem geopolitik dunia semasa bagi mencapai penyelesaian sesuatu persoalan besar yang dihadapi negara. Namun, sebahagian rakyat Mesir nampaknya tidak rasional dan tidak berlaku adil terhadap Morsi.
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 09:15:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015