Dalam operasi yang diketuai Inspektor Zahirudin Baharum@Baharom - TopicsExpress



          

Dalam operasi yang diketuai Inspektor Zahirudin Baharum@Baharom bersama sembilan anggotanya, pub berkonsepkan rimba itu turut menggunakan perkhidmatan warga asing yang bekerja sebagai GRO bagi menarik minat pengunjung. ANTARA GRO warga asing yang ditahan dalam operasi D7 IPK Kuala Lumpur di sebuah pusat hiburan. “Seramai 28 pelanggan lelaki dan lima pelanggan wanita diperiksa dalam serbuan itu manakala enam wanita warga Thailand dan dua Vietnam pula ditahan kerana bekerja sebagai GRO. “Semua GRO terbabit dibayar tip berdasarkan pembelian bir oleh pelanggan iaitu bagi empat botol bir berharga RM65, wanita itu akan mendapat tip RM3,” katanya. Menurutnya, pusat hiburan ini sudah empat kali diserbu sebelum ini namun pemiliknya terus berdegil dengan membuka semula premis itu. Katanya, turut ditahan seorang pekerja Myanmar yang memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang bekerja sebagai pekerja bar dan seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis. Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk tindakan lanjut.
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 12:50:33 +0000

Trending Topics



s I took
The new iPhone – what we know so far The next iPhone will
Shenetta and I have been inspiring one another to do better and be
"A cruz Amados!!! Um homem estava no fim de suas esperanças.

Recently Viewed Topics




© 2015