Dalam persidangan DUN Kedah pada 2 Ogos 2010, MB yang juga seorang - TopicsExpress



          

Dalam persidangan DUN Kedah pada 2 Ogos 2010, MB yang juga seorang ulama Pas menjelaskan bahawa pihaknya belum mengasingkan lagi sumber kewangan Kerajaan Negeri yang halal dan haram. Jadi, wang hasil premis judi, arak, lesen anjing digaul semangkuk dengan hasil wang halal. Dulu, pimpinan Pas berbuih mulut, kering tekak dan busuk peluh berceramah atas isu ini. Mendesak kerajaan BN/Umno pimpinan Tun Dr. Mahathir mengasingkan sumber kewangan halal dan haram. Pimpinan Pas pernah mempertikaikan kerajaan BN/Umno memberi wang sumber haram pada umat Islam untuk bangunkan masjid, surau, dewan orang ramai, sumbangan kebajikan pada fakir miskin dan lain- lain usaha kebajikan. Mengapa setelah 2 tahun lebih berkuasa MB Pas yang lebih faham Islam dari Umno, melakukan kerja-kerja yang sama seperti kerajaan BN/Umno dulu? Wallahualam...
Posted on: Thu, 11 Jul 2013 11:23:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015