Dalam satu kampung, ada satu orang kaya. Beliau kaya kerana - TopicsExpress



          

Dalam satu kampung, ada satu orang kaya. Beliau kaya kerana memeras keringat orang-orang kampung yang lain. Orang-orang kampung ni pun takdelah cerdik mana, kena buat kerja berat-berat, dibayar dengan beras sekampit pun dah cukup untuk membuatkan mereka menyanjung orang kaya itu. Satu hari, datanglah seorang pencuri. Pencuri ini memang sangat sempoi. Dia selamba badak je mencuri stok-stok beras orang kampung ni depan-depan. Dah pulak orang kampung ni tak berapa nak cerdik, diorang tengok je lah pencuri tu mencuri. Sampai satu masa, datanglah sikit kecerdikan pada sesetengah orang kampung. Mereka pun mulakan plot untuk menghalau pencuri tersebut. Pencuri tu sedar ada komplot nak halau dia, lalu dia pun berbaik-baiklah dengn orang kaya kat kampung tersebut. Pencuri itu pun membuat cerita ada orang kampung yang nak jatuhkan orang kaya tu dan bahagi sama rata kekayaan kepada semua orang kampung. Orang kaya itu pun dengan menggelabahnya mengupah beberapa orang kampung yang lain yang masih lagi tak berapa nak cerdik untuk lawan orang-orang kampung yang nak menghalau pencuri tersebut. Maka bergaduhlah sesama orang kampung, sedangkan si pencuri dan orang kaya seronok bergelak ketawa minum teh dan makan cakoi. Akhirnya orang kampung yang nak menghalau pencuri itu kalah kerana kurang kelengkapan berbanding orang kampung upahan orang kaya yang bersenjatakan kayu hoki. Ada antara yang nak menghalau pencuri itu dibuang kampung, digeletek sampai mati, dan dipenjara seumur hidup bersama anaconda. Lalu si pencuri pun menghebahkan kepada orang-orang kampung yang lain bahawasanya mereka-mereka itu adalah pemberontak yang nak jatuhkan orang kaya dan menghilangkan punca mata pencarian orang kampung yang lain. Orang kampung yang diupah oleh orang kaya pula menceritakan kekejaman "pemberontak" yang dengan kejamnya telah merotan mereka dengan ranting kayu dalam pertempuran. Dek kerana kurangnya cerdik orang-orang kampung tersebut, mereka pun percayalah dengan sepenuh jiwa raga mereka. Lalu dibangunkanlah tugu si pencuri dan orang kaya di kampung mereka bagi mengenang jasa keduanya. Dan mereka pun hidup gembira dirompak setiap hari, selamanya~ (Sinopsis "Tanda Barua", sebuah filem epic fiksyen aksi tangkap leleh daripada KHK Production) credit : Malaysian Gag -kazuto :v
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 10:18:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015