Dari ABS: Asingkan Diri Kita daripada Bisnes Kita Semasa - TopicsExpress



          

Dari ABS: Asingkan Diri Kita daripada Bisnes Kita Semasa mula-mula membuka bisnes, kita adalah bisnesman, kita juga salesman. Kita menjual diri kita, bisnes kita, dan produk kita. Ke mana-mana sahaja, di mana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja, kita mahu orang mengenali diri kita dan produk kita. . Salah satu kesilapan yang kerap kita lakukan adalah di mana kita menyatukan diri kita dengan bisnes kita, dan juga dengan produk kita. Kita gunakan diri kita sebagai duta produk kita. Di mana ada produk kita, di situ kita tampilkan wajah kita. Kita juga menjadi jurucakap utama produk kita. Kita menjadi marketer No. 1 produk kita. Kita masuk TV, radio, akhbar dan majalah mempromosi produk kita. Ada masanya kita gunakan nama kita sebagai label produk kita. . Apabila kita melakukan itu, hasilnya diri kita dan produk kita lebur menjadi satu, sehingga produk kita sudah menjadi identiti kita. Kita menjadi sebahagian produk kita. Tidak ada lagi garis sempadan yang memisahkan antara diri kita dan produk kita. Produk kita adalah diri kita. Orang membeli produk kita disebabkan mereka terpengaruh oleh diri kita. Akibatnya kita mem-personal-kan produk kita. Apabila orang tidak menyukai produk kita, kita kecewa. Kita anggap orang itu juga tidak menyukai diri kita. Lalu kita menjadi sangat defensif. . Strategi pemasaran di mana kita menyatukan diri kita dengan bisnes dan produk kita adalah sikap yang boleh menyukarkan urusan bisnes kita. Apabila sesuatu musibah menimpa diri kita, produk kita terkena tempiasnya. . Asingkan bisnes dan produk kita daripada diri kita. Orang mungkin tidak suka produk kita. Itu sahaja. Dia bukan tidak suka kita. Walaupun orang itu mengkritik produk kita, jangan ambil hati. Dia bukan mengkritik diri kita. Apabila produk kita dikritik, jangan defensif, sebaliknya baiki sahaja produk kita. Jalan terus! .
Posted on: Sat, 25 Jan 2014 10:25:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015