Dari ABS SOP, SOP, SOP.... Jika kita mahu bisnes kita - TopicsExpress



          

Dari ABS SOP, SOP, SOP.... Jika kita mahu bisnes kita berkembang baik, SOP adalah alat wajib-ada. SOP bukan suatu luxury yang hanya mampu dimiliki oleh syarikat-syarikat besar. . Bilakah masanya kita perlu membuat SOP untuk kegunaan staff kita? Menurut Coach SOP di ABS, Puan Siti Maryam Ghazali, apabila kita sudah mengambil 1 orang pembantu, kita sudah perlu membuat SOP untuk kegunaan pembantu kita itu. . Katakanlah, kita membuka ladang kambing boer. Kita ambil Wak Kamat sebagai pembantu. Tuliskan SOP untuk Wak Kamat. Kemudian latih Wak Kamat supaya menjalankan kerjanya dengan mematuhi SOP itu. . SOP memudahkan kita melatih staff kita menjalankan kerjanya dengan betul. Besok lusa, apabila kita mengambil pembantu ke-2, Wak Kamat itu sudah dapat melatih pekerja baru menggunakan SOP yang sama. Tidak payahlah kita pula yang terpaksa melatih dia. Jika kita simpan SOP dalam kepala kita, setiap kali kita ambil pekerja baru, kitalah yang terpaksa melatihnya. Macam mana bisnes kita hendak cepat membesar?.... .
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 21:29:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015