Dari ABS: Titik Pulang Modal Titik ini sangat penting diambil - TopicsExpress



          

Dari ABS: Titik Pulang Modal Titik ini sangat penting diambil kira apabila hendak memilih bisnes apa yang kita mahu buka. Berapa lamakah tempoh yang kita terpaksa tunggu sehingga bisnes itu mula menghasilkan pulangan pelaburan? . Seorang kenalan membuka outlet francais 24 jam. Dia meminjam bank RM300k. Selama lebih 3 tahun, baru pulang modal. Maknanya, selama lebih 3 tahun itu hasil jualan kedai 24 jam itu belum menghasilkan ROI. + Kalau RM300k itu disimpan di bank, ataupun dalam mutual fund, ia sudah menghasilkan ROI. + Kalau duit itu dibelikan sekeping tanah, dalam tempoh lebih 3 tahun, harga tanah itu sudah naik pada kadar yang lebih tinggi daripada kadar yang bank-bank sanggup tawarkan. . Banyak peniaga Melayu yang berpendidikan tinggi melakukan kesilapan tidak mengambil kira titik pulang modal semasa memilih bisnes apa yang hendak dibuka. Mereka memilih bisnes yang modalnya mahal, yang memaksa mereka meminjam duit bank dan mencagarkan hartanah. Banyak berlaku, sampai bisnes sudah lingkup, modal masih tak pulang-pulang.... .
Posted on: Sat, 01 Feb 2014 11:18:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015