Dari Zack Rahim: Setelah melihat beberapa laporan awal di media - TopicsExpress



          

Dari Zack Rahim: Setelah melihat beberapa laporan awal di media sosial dan online news selepas perlawanan Pahang vs JDT dan perkembangan akhir2 ini dlm kancah bolasepak negara, sementara mata masih susah nak lelap kerana saya susah hati kenang future bolasepak Malaysia, izinkan saya kongsi pengalaman selama terlibat dgn kancah bolasepak bdi Indonesia dan sedikit di England. Jakarta adalah kawasan dikenali paling bahaya bagi mana2 pasukan lawan kerana fans Persija FC yg sgt fanatik dan sanggup lakukan apa shj demi pasukan dan seteru kuat mrk adalah Persib Bandung. Jika perlawanan kedua2 pasukan ini diadakan di Jkt, pasti akan bergaduh dalam dan luar stadium hingga Metro (bas mini) diterbalikkan, kereta dan motor dibakar malah berlaku pembunuhan selepas perlawanan. Manakala di Bandung pula, sy dimaklumkan bhw kenderaan yg punya plate Jakarta elok elakkan dari masuk Bandung terutama jika ada perlawanan bolasepak. Pasti tak selamat. Kesudahannya, P.T ISL tetapkan semua perlawanan Persija vs Persib dijalankan di Solo, tempat berkecuali. Penyokong yg rugi krn pertemuan Persija dan Persib adalah sgt fenomenal dan sentiasa sold-out! Solo pula perlu naik kapalterbang utk kesana dari Jkt atau Bandung. FANS rugi. Malah Perlawanan Pelita Jaya vs Persib juga dibuat di Bandung sejak kes pembunuhan fans Pelita di Kerawang tahun 2011. Di England dan Eropah pula, hoolignism sangat kuat. Pergaduhan dimana2 sebelum dan selepas game. Ini kerana sblm dan selepas game, fans akan berkumpul di pub layan beer. Sudahnya, penyokong England pernah dilarang hadir ke perlawanan World Cup, Champions League dan UEFA Cup. Pernah juga dilarang ke Euro. Pwrnah juga stadium dibakar gara2 hooliganism yg extreme ketika itu. Hanya akhir2 ini agak berdisiplin. Mungkin krn generasi hooligan sudah kurang dan fans skrg lebih tgk fon mrk utk chat dan update dari tgk bola. Moralnya: jika kita sayangkan bolasepak, pasukan yang anda sokong dan mahu terus ke stadium, berdisiplinlah bukan shj di stadium atau luar stadium, malah juga di medan2 sosial lain. Fans adalah main stakeholder bolasepak professional, maka bersikap lah spt pemilik syarikat, bukan spt perompak syarikat merompak segala hasil perniagaan. Berjuta wang dilaburkan utk menghiburkan anda kerana jiwa anda adalah bola, jangan dibazirkan. Hormatilah mrk yg benar2 mahu menonton bola terutama anak2 yg bercita2 mahu sarung jersi negara satu hari nanti. Jika susah sangat nak kawal diri, banyak lagi aktiviti lain yg boleh anda gemari seperti tomoi, kickboxing atau sukan ragbi. Kalau handal bercakap dan menulis, byk parti politik perlukan anda. NGO ganas2 pun ada sejak akhir2 ini. Mrk juga bakar2, pijak2, lumur2, maki2, tonggeng2. Silakan. SAYANGILAH BOLASEPAK KERANA BOLA DAN FANS IBARAT LAGU DAN IRAMA - TAK BISA DIPISAHKAN!
Posted on: Sat, 08 Feb 2014 01:07:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015