Dari alam persekolahan ke alam pengajian di universiti dan - TopicsExpress



          

Dari alam persekolahan ke alam pengajian di universiti dan mendapat segulung sijil, aku ingat aku sudah berjaya. Malangnya itulah bermula episod mencabar dalam hidup bertitik dari alam mencari duit aka pekerjaan. Kita diherdik, disumpah seranah, ditipu, dibuli dan macam2 lagi untuk meraih sesuap rezeki. Pujian janganlah diharapkan dan amat berbeza dari alam aku menuntut. Apa yang berharga aku telah pelajari iaitu sabar, merendah diri, menerima teguran secara baik atau kurang ajar, jati diri dan paling hebat akal fikiran dilatih untuk berfikir guna otak bukan dgn kepala lutut..tp anak2 muda sekarang jauh panggang dari api....sedikit nikmat dah lupa orang tuanya, bila dinasihat atau ditegur melenting sampai ke langit, menunjuk angkuh dan sombongnya kepada org yg memberi nasihat termasuk orang tuanya....sedangkan mak bapak masih menanggung makan minum dan pakainya...sedarlah perjalanan masih jauh atau setakat saat ini saja menikmati isi dunia fana ini
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 18:02:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015