Dari kelas ABS Pengaruh kewangan peribadi ke atas pemikiran - TopicsExpress



          

Dari kelas ABS Pengaruh kewangan peribadi ke atas pemikiran bisnes.... Berapa banyakkah pendapatan peribadi kita? Banyakkah duit kita dalam akaun bank kita? Pendapatan peribadi kita boleh meninggalkan pengaruhnya ke atas pemikiran bisnes kita dengan cara-cara yang merugikan kita. . Seorang ahli ABS baru memulakan bisnes sendiri, jadi macam biasalah, beliau masih belum mempunyai pendapatan yang tinggi, manakala duit dalam akaun banknya pun sangat sedikit. Beliau membuka bisnes travel & tour. Beliau sibuk menacri idea pakej-pakej pelancongan untuk golongan students dan mereka yang bergaji biasa-biasa. Dalam erti kata lain, beliau hendak menjual perkhidmatan travel & tournya kepada golongan yang macam dirinya sendiri juga. . Kita selalu berfikir pelanggan kita adalah orang-orang macam diri kita juga. + Kalau kita tidak banyak duit kita pun berfikir hendak membuka bisnes dan menjual produk dan servis kita kepada mereka yang tidak banyak duit. + Kalau kita sendiri tidak mampu membeli cadar RM300 maka kita bayangkan orang lain pun tidak mampu membeli cadar itu. + Kalau kita perempuan tidak banyak duit, kita berfikir macam mana mahu menjual kepada perempuan yang macam kita, yang tidak banyak duit juga. . Membuka bisnes dengan tujuan menjual produk dan servis kita kepada golongan yang tidak berduit adalah idea yang menyebabkan bisnes kita mahu survive, apatah lagi mahu berkembang. Kerja teruk, duit tak banyak masuk. . Jangan jadikan poket kita panduan menjalankan bisnes! .
Posted on: Tue, 16 Jul 2013 10:58:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015