Dari pandangan hamba yang kekurangan dari segenap segi. Mari kita - TopicsExpress



          

Dari pandangan hamba yang kekurangan dari segenap segi. Mari kita berfikir sejenak, bila berlaku sesuatu musibah, umpama jerubu yang sedang melanda, apa yang terlintas di fikiran kita, apakah kita memikirkan apakah salah yang aku lakukan? atau...kita terus melemparkan kesalahan kepada orang lain?, Kita salahkan Indonesia kerana sebabkan kebakaran. Berapa ramai yang terfikir kebakaran itu adalah hanya Allah jadikan sebab musabbab terhadap sesuatu yang berlaku. Jika Indonesia tidak terbakar, jika Allah SWT inginkan jerubu berlaku, pasti akan didatangkan sebab yang lain. Sebaik-baiknya bila berlaku sesuatu, kita cermin dahulu apa kesilapan yang kita telah perbuat samada dalam bentuk individu atau jemaah. Bermuhasabahlah....kalau kita rasa tindakan kita benar, apakah kita telah mengikuti tuntutan syariah dalam semua perkara setakat mampu kita. Contoh terdekat, bila kita berhimpun menuntut keadilah, telah adilkah kita kepada diri kita sendiri?, apakah semua kita yang mengaku islam telah bersolat sebelum berhimpun, jika kita tahu ada di antara kawan kita belum solat, sudahkah kita menegur atau kita tak berani menegur kerana takut hilang sokongan?, Ketika pemimpin kita yang islam berucap, bila terdengar azan, berhentikah dia sejenak untuk menghormati azan?, dan banyak lagi yang kadangkala kita rasa ianya kecil dan terlepas pandang, sedangkan Salehuddin al Ayyubi memandang gosok gigi di kalangan tenteranya pun adalah sesuatu yang besar bila berjuang mengharapkan bantuan Allah SWT. Fikirkanlah di mana kita dan sudah dekat kah kita dengan pertolongan Allah SWT atau masih jauh kah lagi. Jika apa yang kita lakukan telah menepati kehendak Allah SWT, memberikan kemenangan kepada kita sesuatu yang amat mudah bagi Allah SWT. Kun Fayakun.....Bila membaca tulisan ini tentu ramai yang berkata bercakap mudah lah, tapi...kita harus ingat ad Din an-nasihah, dan mengigatkan diri sahabat2 adalah seperti mengigatkan diri sendiri kerana Allah SWT telah memberikan amaran kepada kita, kenapa kamu cakap apa yang kamu tak buat?...InsyaAllah bila kita ingatkan orang lain bermakna kita sedang mengingatkan diri kita sendiri...maaf.
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 00:13:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015