Darussalam Air mula suku pertama 2014 Brunei: Syarikat - TopicsExpress



          

Darussalam Air mula suku pertama 2014 Brunei: Syarikat penerbangan tambang murah yang berpangkalan di Brunei dijangka beroperasi di rantau ini dengan penerbangan pertama bermula pada suku pertama 2014 ke destinasi tertentu Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA). Syarikat penerbangan tambang murah pertama Brunei itu, yang buat sementara waktu ini dinamakan Darussalam Air membawa jemaah haji dan umrah dengan pelaburan permulaan dianggarkan berjumlah RM6.4 bilion. Syarikat itu beroperasi ke destinasi tertentu BIMP-EAGA yang bukan laluan utama syarikat penerbangan lain. Koperasi Bumiputra Bersatu Berhad (KBBB) yang berpangkalan di Brunei berkata, perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah itu antara empat projek mega yang bakal dilaksanakan selepas perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani, Jumaat lalu, di Bandar Seri Begawan antara KBBB dan Majlis Perniagaan Brunei Darussalam BIMP-EAGA. - BERNAMA
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 14:52:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015