Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Taginambur hari ini. Seperti - TopicsExpress



          

Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Taginambur hari ini. Seperti biasa ucapan beliau banyak menyentuh isu isu semasa termasuk isu kalimah Allah yang sedang hangat dibahaskan oleh rakyat Malaysia. Beliau menuduh kemelut kalimah Allah ini angkara UMNO. Saya hanya ingin maklumkan kepada Datuk Seri Anwar bahawa naskah Al-Kitab yang dirampas berlaku di negeri Selangor yang di tadbir oleh parti beliau iaitu Pakatan Rakyat. Agensi yang merampas adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu agensi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Enakmen negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di Selangor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sultan yang bertitah mengenai larangan penggunaan kalimah Allah ialah DYMM Sultan Selangor, sultan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Persoalannya kalaulah isu ini begitu menghantui pemikiran beliau, kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memecat pegawai pegawai JAIS atau mengadap DYMM Sultan Selangor dengan segera untuk minta titah larangan itu ditarik balik. Jawapannya senang sahaja. Datuk Seri Anwar tidak berani. Dia lebih berani nak berceramah di Kota Belud dan cuba mengabui mata rakyat dan lepas tangan sambil menuduh orang lain . Apa pun masih tidak lewat untuk Datuk Seri Anwar untuk menujukkan keberaniannya. Saya dimaklumkan Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang tidak lama lagi. Saya mencabar Datuk Seri Anwar untuk membawa usul meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (1988) di dalam persidangan itu nanti. Tidak ada alasan untuk pindaan itu tidak diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kerana Pakatan Rakyat mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan tersebut. Lagi pun tiga Ahli Yang Berhormat DAP dari Selangor telah berjanji untuk membawa usul pindaan itu. Saya harap Datuk Seri Anwar tidak menekan mereka untuk menarik balik hajat mereka itu. Samada DYMM Sultan Selangor akan berkenan meluluskan pindaan itu atau tidak bukan persoalannya. Yang penting Datuk Seri Anwar ada peluang untuk membuktikan bahawa beliau serius untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah di Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Kita tunggu dan lihat.
Posted on: Sat, 25 Jan 2014 12:37:18 +0000

Trending Topics



iv class="stbody" style="min-height:30px;">
Reasons today is AWESOME: *So much birthday love from friends &
25 innocent children killed ,i n bihar, where jdu rules, and
I hesitated to post this because most people affected by the Fox
Noahs Ark; Part I-Noahs Ark had 1 window...1
OMAN IN MUSCAT MORE THAN 700 MIGRANT WORKERS OF REPUTED
Home Gardening Enthusiasts & Organic Growers Click
Hello one & all, We hope you enjoyed #Christmas day. Did Santa
Paper Mate Products - Paper Mate - ComfortMate Ballpoint

Recently Viewed Topics




© 2015