Dedah minit penubuhan Insaniah Holdings Beliau turut menyifatkan - TopicsExpress



          

Dedah minit penubuhan Insaniah Holdings Beliau turut menyifatkan Mukhriz sebagai menteri besar yang lemah kerana didakwanya gagal meyakinkan kerajaan pusat untuk memohon bantuan bagi menyelesaikan masalah itu. "Jadi saya kata kerajaan negeri lemah, menteri besar lemah kerana tidak boleh untuk meyakinkan kerajaan untuk memohon pertolongan kerajaan pusat," katanya. Dalam sidang media itu juga, Mahfuz turut membangkitkan isu 268 kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd yang didakwanya tidak dibayar gaji sejak Mei lalu dan status jawatan mereka kini ekoran kegagalan tersebut. Sebelum ini Mukhriz pula dilaporkan berkata kerajaan Kedah akan mencari jalan penyelesaian terbaik mengatasi masalah petugas Insaniah Holding yang tidak mendapat gaji, sejak Mei lalu sekalipun mendakwa tiada kaitan secara langsung dengan Insaniah Holding. Mahfuz juga menolak kenyataan Mukhriz bahawa kerajaan negeri tidak ada kaitan dengan Insaniah Holdings memandangkan entiti itu merupakan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah Sdn Bhd yang dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah. Beliau juga menunjukkan minit mesyuarat penubuhan Insaniah Holdings yang dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Kuin pada 29 Mei 2009 yang dipengerusikan oleh menteri besar ketika itu Tan Sri Azizan Abdul Razak. Lembaga itu juga menurutnya dianggotai antaranya setiausaha dan pegawai kewangan kerajaan negeri, mufti dan rektor.
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 18:56:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015