Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan - TopicsExpress



          

Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement Soalan Anak saya berumur 1thn 10bln. dia kerap kena selsema, batuk dan demam. dalam sebulan kadang-kadang 3 kali demam/selsema. pernah masuk wad disebabkan rotavirus dan pneumonia. Saya memberikan omega3, juz kurma dan madu sebagai supplement. Soalan saya:- 1. Adakah supplement yang saya berikan ini sesuai dengannya? 2. dia kerap batuk, saya cuba beri madu, tapi kadang-kadang saya lihat batuknya semakin kerap. adakah madu tidak sesuai diberikan kepadanya? 3. Sekiranya supplement yang saya berikan ini tidak sesuai, apakah yang anda syorkan pada saya untuk diberikan pada anak? Jawapan Selsema, batuk dan demam yang lazimnya dihadapi oleh kanak-kanak disebabkan jangkitan pada salur pernafasan (upper respiratory tract) oleh virus ataupun kuman bacteria. Pelbagai jenis virus dan pelbagai jenis bacteria boleh menyumbang kepada keadaan ini. Ibu bapa perlu sedar sekiranya tidak dirawat, jangkitan salur pernafasan atas boleh melarat dan menyebabkan jangkitan salur pernafasan bawah seperti pneumonia. Sekiranya demam dan selsema yang tidak berkesudahan ini tidak dirawat dan mengganggu kanak-kanak tersebut untuk makan, masalah kekurangan nutrisi pula akan berlaku seterusnya merencat pertumbuhan fizikal kanak-kanak ini. Saya yakin dan percaya, kebanyakan doctor yang merawat demam dan selsema ini tidak dapat memberikan ubat yang spesifik kepada kanak-kanak atas beberapa sebab. Antaranya: 1.Selalunya jangkitan disebabkan virus, maka antibiotic yang dicipta khas untuk membunuh bacteria tidak memberikan apa-apa kesan pada virus ini. Antiviral pula dicipta khas untuk membunuh virus. Disebabkan antivirus mempunyai kesan sampingan yang agak bahaya, antiviral tidak pernah diluluskan sebagai ubat untuk common cold ini. 2.Nasal spray @ ubat spray dan ubat decongestant dinasihatkan supaya tidak diberikan pada kanak-kanak kerana kesan sampingan ubat-ubat tersebut. Orang dewasa sepatutnya tidak menghadapi masalah ini. 3.Ubat batuk pula dinasihatkan supaya tidak diberikan pada kanak-kanak bawah umur 2 tahun. Berdasarkan kajian saintifik, penggunaan ubat batuk sebagai rawatan batuk untuk kanak-kanak bawah 2 tahun menunjukkan ubat batuk gagal untuk merawat golongan kanak-kanak ini. Apakah rawatan yang sesuai? 1.Analgesic seperti acetaminophen (nama saintifik). Untuk kanak-kanak, ubat ini dinamakan Tylenol(nama pasaran) atau di Malaysia dinamakan Kotal (ubat kementerian kesihatan malaysia). Untuk orang dewasa ubat ini dinamakan Paracetamol (nama pasaran) 2.Meningkatkan pengambilan air terutama air suam. Air dapat mengelakkan “kekeringan” atau dehydrasi dalam badan, bahkan expectorant terbaik (mencairkan kahak). 3. Menghirup udara yang lembap dan suam. Pasang shower air panas di dalam bilik air untuk beberapa minit sehingga bilik air berwap dan matikan shower. Kemudian dukung anak anda di dalam bilik air tersebut selama beberapa minit. Lebih baik shower air panas dibiarkan terbuka dan anda bersama anak anda berada di dalam bilik air tersebut, TETAPI BUKAN DI BAWAH SHOWER AIR PANAS TERSEBUT!! ada kes, doctor suruh hirup udara berwap, dia pergi letakkan anak dia bawah shower air panas, melecur satu badan! Pastikan anda masuk sekali dalam bilik air, kalau anda tak mampu bertahan, apatah lagi anak anda, maka bawa dia keluar dari bilik air tersebut. Jangan disaunakan pula kanak-kanak tersebut. Bagaimana untuk elakkan daripada terkena jangkitan? 1.Sentiasa basuh tangan sekerap mungkin. Ini membantu membunuh kuman yang boleh menyebabkan common cold. 2.Bersihkan alat permainan atau permukaan yang selalu disentuh kanak-kanak dengan disinfectant seperti Detol. Kuman dapat dibunuh. 3.Influenza vaksin boleh diberikan. Hanya hospital tertentu sahaja yang mempunya vaksin ini. 4. Buat pemeriksaan badan kanak-kanak tersebut. Penyakit jantung seperti jantung berlubang selalunya akan menyebabkan jangkitan pada salur pernafasan kanak-kanak. Soalan Saudari: 1.Adakah supplement yang diberikan tidak sesuai? Wallahualam. Cuba jangan diberikan supplement tersebut dan lihat perkembangan anak saudari. Sekiranya sihat walafiat, jangan diberikan lagi ubat-ubat tersebut. 2.Adakah madu yang diberikan tidak sesuai? Madu dilarang diberikan pada kanak-kanak bawah 1 tahun. Sesuai atau tidak pada anak puan kami tidak mengetahuinya. Setiap individu mempunyai keputusan yang berbeza. Sekiranya tidak ada perkembangan selepas penggunaan madu, atau pun penyakit melarat, hentikan madu tersebut. Rawatan alternatif ini tidak mempunyai bukti yang kukuh dalam jurnal perubatan untuk dikomersilkan penggunaannya. 3.Apakah supplement yang disyorkan? Kanak-kanak yang mengamalkan pemakan seimbang tidak perlukan apa-apa supplement. Pemakanan seimbang merujuk kepada pyramid makanan yang telah disarankan kementerian kesihatan. Tiada satu supplement pun yang cukup-cukup sempurna untuk kami sarankan kepada puan. Pemakanan seimbang sudah memadai. Rujukan Paediatrics Mostafa Zakaria, Cairo University Illustrated Textbook of Paediatrics 3rd Edition, Tom Lissauer and Graham Clayden kidshealth.org/parent/infections/lung/pneumonia.html# familydoctor.org/online/famdocen/home/children/parents/common/ent/328.html childrenshospital.org/az/Site1719/mainpageS1719P0.html nutrition.about/od/nutritionforchildren/a/kidssupplemnts.htm en.wikipedia.org/wiki/Common_cold en.wikipedia.org/wiki/Alternative_treatments_used_for_the_common_cold mysetbersalin/blog/2009/03/petua-mengurangkan-selsema-pada-bayi/ en.wikipedia.org/wiki/Influenza_vaccine ehow/way_5296464_remedies-baby-cold.html
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 20:20:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015