Dengarkan kisah seorang Islam, Assalamualaikum semua, saya cuma - TopicsExpress



          

Dengarkan kisah seorang Islam, Assalamualaikum semua, saya cuma nak share kisah saya sendiri.. Saya pernah menjalani hidup ni pada jalan yang Salah dan terasa diri tersangatlah Jahil.. Semakin lama saya semakin tersedar saya dah jauh terpesong.. tercuit dihati untuk jadi MUSLIMAH SEJATI. Perkara pertama yang saya ingin betulkan adalah SOLAT 5 WAKTU saya.. Alhamdulillah, semakin hari semakin IKHLAS saya lakukannya. Apa yang saya cari cuma REDHA Allah swt.. ITULAH IMPIAN SAYA, REDHA ALLAH... Bila muhasabah diri, CERMIN DIRI, tengok penampilan saya. YA ALLAH, ape yang aku buat ini..AURAT??? langsung tak terpelihara walaupun saya bertudung.. Ya Allah, Janganlah KAU seksa Arwah bapaku di atas kecuaianku sendiri dalam aspek menutup AURAT, sesungguhnya Arwah bapaku telah mendidik diri ini untuk hidup berlandaskan ISLAM,cuma diriku ini yang terlalu Jahil dan mengkhianati diri sendiri (sedekahkan Al-Fatihah untuk Abdul Abbas bin Hussain -bapa terbaik). Alhamdulillah, diberi hidayah oleh Allah swt untuk mengubah penampilan.. Allah swt telah mencuit hati kecil ini untuk MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.. Bermula dengan niat dihati dan doa Mohon daripada Allah swt supaya dipermudahkan.. PENGALAMAN UNTUK MULA BERTUDUNG LABUH Mula2 nak start pakai tudung labuh. Memang dugaan.. search kat internet pasal tudung labuh.. Tengok harga ADUHAI MAHALNYA???? macam mana nak bertudung labuh?? SUSAH LA nak berubah??? BETUL. Inilah ungkapan saya dulu. (saya rasa ramai juga yang beri alasan nikan?) TAPI.... ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENGETAHUI. DOA saya diperkenan Allah swt, mungkin kerana saya memang berniat & benar2 ingin bertudung labuh. Alhmdulillah sekarang saya klu kluar rumah pasti memakai pakaian yang menepati SYARIAT ISLAM. Saya dapat memakai tudung labuh yang menutupi dada. Klau dulu nak beli tudung labuh, terasa BERAT jer.. SEKARANG ni untuk beli tudung labuh dah terasa RINGAN je dan ALHAMDULILLAH, tak terasa duit berkurang malah dipermudahkan untuk beli pakaian seperti handsock, muslimah sock dan juga tudung labuh, SHAWL pun saya pakai yang besar dan pastikan labuhnya menutupi dada. ALHAMDULILLAH yakinlah Allah swt pasti dengar doakan kita. Janganlah jadikan alasan KEWANGAN @ MAHAL sebagai alasan tidak menutup AURAT. Menutup AURAT itu adalah hak Manusia, janganlah kita abaikan tanggungjawab dan HAK kita. HAK untuk menutup aurat
Posted on: Thu, 30 Jan 2014 15:26:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015