Detik Sejarah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bermula dengan - TopicsExpress



          

Detik Sejarah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bermula dengan tertubuhnya Askar Melayu Brunei (AMB) pada 31 Mei 1961. Tanggal 31 Mei adalah mengambil sempena tarikh perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brnei Darussalam ke 28. Seramai 60 orang anak tempatan terpilih untuk menjalani latihan rekrut pengambilan pertama di Port Dickson, Persekutuan Malaya. Bentuk asas AMB mengandungi Markas, Kompeni A, B dan C. Ianya terdiri daripada anggota-anggota pengambilan pertama, kedua dan ketiga yang mana pada ketika itu ditempatkan di Kem Segenting, Negeri Sembilan, Persekutuan Malaya sementara menunggu siapnya perkhemahan baru di Berakas, Brunei pada 02 Mei 1964. mindef.gov.bn/MOD_Brunei/index.php?option=com_content&task=view&id=258&Itemid=197&layout=default&view=article&date=2013-06-01
Posted on: Sun, 16 Feb 2014 04:31:09 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015