Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah ( DMAK ) terus menjadi pusat - TopicsExpress



          

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah ( DMAK ) terus menjadi pusat kecemerlangan & keilmuan. 29 Januari 2014. Telah berlangsung malam tadi satu majlis ilmu Bersama Ustaz Don anjuran Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dengan kerjasama agensi Persekutuan dan Negeri di sini. TYT Duta Besar Malaysia Ke Mesir Dato Ku Jaafar Ku Shaari dan isteri serta semua pegawai HBS kedutaan beserta ahli keluarga bersama pelajar - pelajar dalam majlis ini. Penceramah undangan khas ialah Y. Bhg. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sendiri yang telah menyampaikan ilmu dan pengalaman beliau hampir satu jam setengah bersama hadirin mahasiswa / mahasiswi Mesir yang bukan sahaja hadir dari sekitar Kaherah malah mereka datang dari seluruh muhafazah (daerah) di Mesir; turut sama datang untuk mendengar ceramah juga perkongsian ilmu tersebut. Majlis diserikan dengan kehadiran Duta Brunei ke Mesir Tuan Yang Terutama Dato Paduka Hj Md Mahdi bin Pehin Orang Kaya Digadong Dato Laila Utama Hj Abd Rahman, pegawai Kedutaan & 15 orang pelajar Brunei. Turut hadir ialah En. Mohd Amin Pengarah Petronas di Mesir & kakitangan. Persembahan oleh kumpulan Qasidah Soutul Muhibbin dari pelajar Jawatankuasa Penghuni Dmak & Badrul Dervish terdiri dari pelajar Syubro. Kehadiran mencapai 850 orang hadirin yang telah memenuhi dewan dan melimpah hingga ke dataran DMAK. Tahniah kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak.
Posted on: Thu, 30 Jan 2014 09:40:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015