Di Malaysia tidak ada yang dinamakan suku Melayu. Di sini kami - TopicsExpress



          

Di Malaysia tidak ada yang dinamakan suku Melayu. Di sini kami dipanggil bangsa Melayu. Definisi Melayu di Malaysia dan Indonesia sangat berbeda. Di Indonesia, suku Melayu adalah salah satu dari banyak suku suku yang membentuk Bangsa Indonesia. Suku Melayu itu Melayu, suku Jawa itu Jawa, suku Minang itu Minang. Tidak sama. Di Malaysia, Bangsa Melayu terdiri daripada suku Jawa, suku Banjar, suku Mandahiling, suku Bugis, suku Melayu, suku Minang, Melayu Patani, Melayu Champa, Melayu Kedah, Melayu Pahang, Melayu Kelantan, Melayu Sarawak dan semua suku suku yang mengamalkan cara hidup Melayu, berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama ISLAM. Justru itulah, kita dapat lihat selain daripada Melayu Anak Negeri seperti Melayu Kedah, Melayu Kelantan, Melayu Pahang dan sebagainya yang memang berasal dari tanah Semenanjung, kumpulan-kumpulan "Melayu Anak Dagang" yang berasal dari seluruh kepulauan Nusantara tetapi berhijrah ke Semenanjung seperti Jawa, Bugis, Rawa, Minang, Acheh, dan sebagainya juga dipanggil sebagai ‘Melayu’. Namun begitu, disebabkan Perlembagaan di Malaysia telah mengikat Melayu itu mesti beragama Islam, maka beberapa rumpun Melayu lain seperti Orang Asli (aborigine people), Melanau, Iban, Dusun, dan sebagainya tidak ditakrifkan sebagai ‘Melayu’ di Malaysia. Sebenarnya, definisi "BANGSA MELAYU" atau Rumpun melayu itu lebih luas daripada itu. (BANGSA Melayu itu berbeda dengan SUKU Melayu).BANGSA Melayu adalah nama lain bagi AUSTRONESIA dan merupakan Sub Bangsa kepada Mongoloid (Mongolia, China, Jepun, Korea dan sebagainya). Menurut Saintis Jerman, Johann Friedrich Blumenbach (1752–1840), The Malay Race ini adalah bangsa rumpun Melayu yang menghuni kawasan yang dikenali sebagai "Malay Archipelago" atau Nusantara yang terdiri dari Nalambi di Madagascar membawa ke negara Indonesia, Malaysia, Filipina, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand, sehingga ke Kepulauan Pasifik seperti Fiji, Samoa, Tahiti dan Hawaii. Malah bangsa Melayu pernah membentuk kerajaan yang kuat di Kemboja (Kerajaan Melayu Champa) dan Patani di Selatan Thailand. Bahasa Tagalog iaitu bahasa rasmi di Filipina juga mempunyai banyak suku kata yang sama dengan bahasa Melayu. Malah, pejuang kemerdekaannya yang terkenal iaitu Jose Rizal dikenali sebagai "Pride of a Malay Race". Malah beberapa patah perkataan Hawaii turut mengandungi perkataan yang sama dengan bahasa induk Melayu seperti contoh lua (2), lima (5), ono (6). Secara kesimpulan, dari beberapa penerangan di atas, definisi "Melayu" secara jeneral terbahagi kepada 3 iaitu: 1) Rumpun Melayu. Semua orang Austronesia termasuk dalam rumpun Melayu iaitu suku Banjar, suku Jawa, suku Melayu, Melayu Malaysia, Filipina, Champa, Patani (tidak termasuk orang Vietnam dan Siam), dan lain lain. Orang Siam (bukan Patani) dan Vietnam tidak dikategorikan dalam kumpulan ini kerana budaya, adat istiadat dan perwatakan mereka lebih mirip kepada IndoChina. 2) Bangsa Melayu Malaysia (yang beragama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu). Orang Jawa, Sunda, Patani, Minang, Bugis, Melayu Pahang dan semua suku asal Nusantara yang beragama Islam termasuk dalam golongan ini sekaligus orang Filipina yang beragama Kristian dan orang Bali yang beragama Hindu tidak termasuk dalam kategori ini. 3) Suku Melayu. (suku Melayu yang menghuni Jambi, Riau, Bengkulu, Sumatera, Pontianak dan lain lain suku Melayu di Indonesia). Jadi usah keliru jika teman teman Indonesia mendapati budaya milik suku Jawa, Minang, Aceh dan sebagainya turut dilestarikan di Malaysia kerana di sini memang wujud ramai sekali suku Jawa, Bugis, Aceh, Minang dan sebagainya. Bedanya, di Malaysia, mereka di kenali sebagai "Bangsa Melayu" atas sebab sebab politik dan penyatuan saudara.
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 18:35:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015