Di bulan Ramadhan.. Anda bukan sahaja tidak boleh makan dan - TopicsExpress



          

Di bulan Ramadhan.. Anda bukan sahaja tidak boleh makan dan minum di siang hari, tapi anda juga perlu menahan mata keranjang anda itu daripada melihat ‘keindahan’ makhluk ciptaan Tuhan. Selain itu, anda juga perlu menghalang kaki Usain Bolt anda itu daripada melangkah ke tempat-tempat yang najis lagi haram. Anda juga mesti menutup telinga cakera satelit anda itu dengan kapas tebal agar tidak dimasuki dengan caci-maki dan carut-marut yang bisa mencederakan telinga. Juga, mulut laser teknologi terkini milik anda itu juga perlu dimatikan suisnya sepanjang bulan Ramadhan, bagi mengelakkan ia membunuh sesiapa dengan panahan tepat dan membakarnya itu. # Dan anda tahu apakah yang paling sukar dan mencabar tentang semua ini? Semuanya perlu dilakukan seikhlas hati; sesungguh-sungguhnya tidak mengharapkan apa-apa balasan pon melainkan keredhaanNya yang hakiki! n_n APG
Posted on: Wed, 10 Jul 2013 15:13:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015