Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana - TopicsExpress



          

Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek. Kebaikan habbatus sauda berdasarkan kajian Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut: 1. Asid Urik dan Gout Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout. 2. Asthma Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis). 3. Selsema Ia dapat menyembuhkan selsema. 4. Tekanan Darah Tinggi Ia boleh merendahkan tekanan darah. 5. Alahan (Allergic) Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic). 6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile) Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu. 7. Melancarkan Pengeluaran Susu Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu. 8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis) Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut. 9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit. 10. Barah Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects). 11. Kuman-kuman Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya. 12. Ceret-Beret disebabkan Kuman Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi. 13. Kencing Manis Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah. 14. Rheumatisme Pengakuan dari pakar seluruh dunia “ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang penting pada pencegahan tumor & kanser.Pada penggunaannya dalam waktu yang lama minyak Habbatus sauda’ memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu dapat mempercepat pembelahan sel ”. Dr. Stanley Kopok, University of Arizona, USA “ Habbatus sauda’ kaya akan beta-sitosterol, yang diketahui memiliki kemampuan mencegah kanser”. Dr. Michael Tierra L. AC. O.M.D. ” Dengan mengkonsumsi Nigella Sativa dapat melawan kelelahan ”. ” Sebagai tambahan sebaiknya habbatus sauda’ dimakan dengan Royal Jelly dengan perbandingan 2:1 ”. Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir ” Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor tanpa kesan sampingan seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan penyinaran”. Study of Nigella sativa on humans, University of South Carolina. USA “ Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.” Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter Schleicher, M. D. Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt “ Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”. Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists “ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam Nigella Sativa dapat meningkatkan air susu bagi ibu menyusui” University Pochefstroom ” Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan tidak mahal pada penyakit alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh dari minyak biji tanaman, terutama minyak Nigella Sativa”. Dr. Lutz Bannasch, München – Jerman ” Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat membantu pencernaan & mengurangi masalah usus ”. Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische Biologie, München – Jerman ” Nigella Sativa mengandung asam lemak tak jenuh, Linoleic & Gammalinolenic yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan untuk pencapaian sintesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting menyebabkan penyakit kronik seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga kanser ”. Dr. Peter Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany ” Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”. US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711 ” Habbatus sauda’ merangsang sumsum di tulang & imuniti sel serta pengeluaran terferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor, dan meningkatkan antibodi yang mengeluarkan sel B”. Cancer Immuno-biology, South Carolina ” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita alergi, termasuk di dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta neurodermitis ( penyakit kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh. Mengambil habbatus sauda’ secara teratur dapat menahan secara baik penyakit flu ”. Dr. Peter Schleicher, Immunologie, München-Jerman
Posted on: Mon, 23 Sep 2013 12:55:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015