Di dalam riwayat ibn Majah, daripada Anas Bin Malik - TopicsExpress



          

Di dalam riwayat ibn Majah, daripada Anas Bin Malik berkata:Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat di dalam kesesatan. (Oleh itu) maka apabila kamu melihat berlakunya khilaf (perselisihan), maka hendaklah kamu berpegang dengan as-Sawad al-Azham (pendapat majoriti ulama). Hadis ini menjelaskan bahawa jika terjadi perpecahan di kalangan umat islam kepada beberapa golongan dan aliran, maka kumpulan yang mesti diikuti ialah kumpulan majoriti kerana mereka adalah golongan yang selamat (al-Firqah an-Najiah). Golongan majoriti ini adalah golongan al-Asyairah dan al-Maturidiyyah kerana realiti dari dulu sehingga ke hari ini, ajaran al-Asyairah dan al-Maturidiyyah yang dianuti dan paling ramai orang islam di seluruh dunia. Di dalam kitab ittihaf as-Sadat al-Muttaqin karangan al-Hafiz Murtadha az-Zabidi (w. 1205H) disebutkan: Jika diitlaqkan (digunakan) lafaz Ahlus Sunnah wal-Jamaah, maka yang dimaksudkan dengan mereka ialah golongan al- Asyairah dan al-Maturidiyyah. Imam Ahmad bin Hajar al-Haitami (w. 973H/ 974H) menyebutkan didalam Tathhir al-Jinan wa al-Lisan:Sesungguhnya dimaksudkan dengan Ahlus Sunnah jika diitlaqkan adalah pengikut Imam Abu al-Hasan al-Asyari (w.324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (w.333H). Fatwa rasmi Dar al-ifta al-Mishriyyah mempertahankan akidah al-Asyairah, dengan jelas dalam fatwanya bernombor: 4307,bertarikh 16/12/2005: ...Akidah ulama al-Azhar asy-Syarif adalah akidah al-Asyairah dan ia adalah akidah Ahlus Sunnah wal-Jamaah. Akidah ulama Al-Asyairah adalah akidah jumhur ulama umat islam dan merekalah yang menentang kekacauan akidah oleh ateis dan selainnya dan Al-Asyairahlah yang berpegang dengan al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sepanjang waktu dalam sejarah islam. Sesiapa yang mengkafirkan al-Asyairah atau menghukum fasik terhadap Asyairah, maka akidah orang itu dalam bahaya. Oleh : Ustaz Muhadir bin Haji Joll Majlis Talim An-Nur Sumber: luqmannordin.blogspot/2013/01/al-asyairah-dan-al-maturidiyyah.html
Posted on: Fri, 15 Nov 2013 23:17:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015