Di sini kisah kita bermula, Menaut mahabbah indah tak - TopicsExpress



          

Di sini kisah kita bermula, Menaut mahabbah indah tak terkira, Ukhwah ini bagi mencari redha Yang Esa, Menempuh segala peristiwa bersama-sama.. Sahabat, Suatu ketika dahulu, Mungkin kita ibarat kanak-kanak riang, Mesra bergurau senda, Saat manis dikongsi bersama.. Suatu ketika dahulu, Kita mula memperoleh tarbiyyah, Taaruf terhadap Cinta Tuhan Pemilik Jiwa, Tazkirah di kelas menjadi amalan, Mengisi hati yang sentiasa kegersangan, Didikan dari guru,ikhwan akhowat tersayang.. Sahabat, Kini kita masih bersama, Mungkin jua Akan terpisah akhirnya, Namun itu bukan erti perpisahan yang sebenarnya, Kerana hati dan jiwa, Masih terikat dengan nama Yang Kuasa.. Kini kita kian matang, Mendepani ranjau duri dalam kehidupan, Tanda kasih dan sayang dari Tuhan, Mula bisa melakar rasa, Mengerti makna ukhwah yang terbina, Moga rabitah ini akan terus subur berbunga.. Sahabat, Andai ada khilaf yang menoreh jiwa, Kata yang menusuk di hati yang terluka, Cara yang tak kena pada rasa, Bukankah kemaafan itu cara yang terbaik buat kita, Bagi membersihkan segala prasangka.. Sahabat, Takkan pernah terbunggar segala memoir, Tetap tersemat di sanubari yang paling dalam, Kerana di mana lagi kita akan cari ganti, Segala kenangan di bumi waqafan tercinta.. copy paste. hee. mirh syg awk org. moga trus istiqamah n saling menegur. ukhuwah fillah abadan abada. ukhuwah till jannatul firdaus in sha Allah.aamiinn
Posted on: Sat, 25 Jan 2014 14:15:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015