Dia datang lagi.. Dia datang lagi.. Ramadhan Kareem hadir - TopicsExpress



          

Dia datang lagi.. Dia datang lagi.. Ramadhan Kareem hadir kembali.. Hadirnya dirimu buat mengubat luka, penebus dosa, penawar hati lara, kala umat islam di palestin,mesir juga syria, tertindas dek pembelot durjana, Kau datangkan Ramadhan Kareem buat hambaMU, Biar kami berkongsi rasa, Biar belajar memahami jiwa, Biarpun tidak sesukar mereka Ya Allah, Menjalani ibadah bersama-sama.. Runtun hati tatkala saudara seislam.. Dibunuh rakus kala yahudi zionis mendatangi, Ditembak kala solat subuh dijalani, Dihapuskan kala Sunni diperangi.. Walau tidak mampu mengangkat senjata, walau tidak mampu berjihad bersama, walau tidak mampu lantang bersuara.. Jangan dilupa solat hajat dan doa buat mereka.. Walau aman disini, jangan dilupa saudara islam yang bertarung demi kebenaran yang hakiki sejak azali.. Ramadhan menjengah lagi Semoga dipertemukan kembali, Kerana ketentuan maut itu tiada siapa yang pasti, Entah esok atau seketika nanti.. Maaf dipohon andai pernah mengguris hati, Biar ramadhan kali ini bermakna buat akhirat nanti.. InshaAllah.. Selamat menyambut bulan mulia bulan Ramadhan dimana didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.. Poso baik2 deh..
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 18:00:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015