Do not compare yourself with others. Be happy with what you - TopicsExpress



          

Do not compare yourself with others. Be happy with what you are Kejap... di sini, apa sebenarnya yang dimaksudkan? Maksudnya ialah, jangan lah sesekali kita membandingkan diri kita dengan orang lain dari segi orang tu lagi kaya, lagi berjaya, lagi brilliant, lagi cantik/handsome, lagi putih, lagi tinggi, lagi macho, lagi seksi dan lagi macam2 lebih lagi dari segi fizikal. Jangan bandingkan begitu kerana ia boleh membuat kita merasa rendah diri, low self esteem... Memang akan jadi tidak baik jika kita compare seseorang itu dari segi fizikal. Contohnya, adalah tidak baik jika seseorang ayah/ibu compare anaknya dengan berkata kakak engkau tu, lagi putih, cantik, kurus dan tinggi. Atau.. kata2 seperti ini, kenapa kakak engkau pandai, tapi engkau ni lembab/bodoh? Sesungguhnya itu akan membuat seseorang anak itu menjadi low self-esteem. Ada perbezaan dengan compare atau kata2 harapan. Kata2 yang berupa harapan (hint) pula bukanlah compare. Contohnya seperti; Tengoklah kakak engkau, dia rajin sangat menolong mak kat dapur, memasak, cuci pinggan dan melipat baju atau contoh Kakak engkau rajin mengulangkaji pelajaran, sentiasa baca buku. ITU ADALAH kata2 harapan. Maksud seseorang ibu itu apabila berkata begitu, bukan bermakna dia compare being negative, itu maksudnya dia ingin melihat kita berubah ke arah yang lebih baik untuk kebaikan diri kita juga sendiri. Sama juga contohnya seseorang suami; yang jadi TAK baiknya ialah jika dia compare kata tengoklah jiran sebelah, isteri nya cantik, kulitnya halus dan putih, badannya slim atau tengok perempuan tu, cantik, tinggi lampai, seksi, pandai bergaya... that is totally unacceptable. Tetapi jika seseorang suami berkata CONTOH nya, Sayang, selama kita kahwin, tak pernah lagi sayang temankan abang makan sahur. Selama kita kahwin, abang bangun seorang diri dan sahur seorang diri. Sedangkan isteri isteri lain pasti menemani suaminya makan bersama Apa maksudnya itu? Itu maksudnya kata2 harapan. Itu harapan seorang suami agar isterinya menemaninya untuk sahur bersama nya.... Atau contoh lain, seorang girlfriend berkata pada boyfriend nya, (Atau isteri kepada suaminya) Sayang tak pernah bawa saya keluar ke candle light dinner. Atau selama kita kenal, tak pernah beri bunga... itu bukanlah compare namanya... itu kata2 harapan. That is her wish, hoping that her boyfriend/husband would once in a blue moon, surprise her with flowers or a special dinner. It is a hint. Tak salah kalau seseorang wanita berkata begitu... Sesuatu yang mudah untuk dilakukan... Apabila kita sayang seseorang itu, pasti kita kan berusaha untuk mengambil hatinya... ambil hati ayah, ibu, suami, isteri, boyfriend/girlfriend. Compare ialah apabila kita mengatakan sesuatu yang adalah MUSTAHIL untuk seseorang itu melakukannya atau menjadi orang lain seperti itu. Contohnya jika kita kata Orang itu handsome/cantik, atau tinggi, atau kurus, kaya raya, atau position nya CEO, Chairman, Director di sesebuah company sedangkan kita tahu ketika kita mengahwini suami kita, dia hanyalah seorang clerk. Dan compare menjadi tidak baik, insulting apabila kita tahu, ianya adalah mustahil bagi orang itu untuk melakukannya. Takkan lah kita nak suruh suami/isteri/anak kita pergi ke Holllywood untuk mengubah rupanya, atau pergi operate kaki nya untuk tambah ketinggian atau hukum nya pergi ke gym untuk dapat kan badannya jadi six pack macam Chris Hemsworth. #ChrisHemsworth atau macam #JLo Dan... seseorang wanita/lelaki itu pula, jika dia pemalas, bangun lambat, tak pandai mengambil hati, mulut laser, kasar dan sebagainya, janganlah pula berkata I am what I am. I love being me and you should accept me for what i am. If you want me to change, its your loss. hmm...
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 11:49:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015