Dua cedera parah, 24 cedera ringan bas rempuh lori 03/11/2013 - TopicsExpress



          

Dua cedera parah, 24 cedera ringan bas rempuh lori 03/11/2013 7:08pm IPOH - Dua cedera parah manakala 24 lagi cedera ringan apabila bas ekspres yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori di kilometer 231.8 lebuh raya Utara-Selatan menghala Utara dekat Kuala Kangsar di sini awal hari ini. Mereka yang cedera parah dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu ialah pemandu bas Saiful Ikhsan Mohamad, 27, dan seorang penumpang rakyat Thailand berumur 42 tahun. Mereka kini dirawat di Hospital Taiping. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superitendan Guan Beng Kang berkata, bas yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Hatyai, Thailand itu merempuh belakang lori yang dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Gurun, Kedah. Bas itu sepatutnya menukar pemandu lain di kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, namun pemandu tidak bertindak demikian dan meneruskan perjalanan, katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, bas berkenaan membawa 18 penumpang warga tempatan dan tujuh rakyat asing. Pemandu lori tidak cedera manakala 24 penumpang bas yang lain dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Taiping, katanya. - Bernama #Kosmo
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 12:51:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015