Dua maut, dua cedera nahas Avanza terlanggar pokok JOHOR BAHRU - TopicsExpress



          

Dua maut, dua cedera nahas Avanza terlanggar pokok JOHOR BAHRU 23 Okt. - Dua lelaki maut, manakala dua lagi cedera termasuk seorang parah setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok di Km15.1 Jalan Pontian-Kukup di sini awal hari ini. Dalam kemalangan kira-kira pukul 5 pagi itu, kenderaan itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok berkenaan, menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin. Keempat-empat mereka merupakan pekerja Tanjung Bin Power Plant di Pekan Nenas, Pontian, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, dua yang maut ialah pemandunya Syahirul Kantor, 21 dari Kampung Peramu Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang dan penumpang belakang Shamsyuwardi Abd Kadir, 21 dari Taman Bayu Perdana, Klang Selangor. Beliau berkata, Mohd Imran Mohd Thmarin, 18, dari Klang Jaya, Klang Selangor, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Aminah di sini manakala Zubayir Sultan, 20, dari Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor hanya cedera ringan dihantar ke Hospital Daerah Pontian untuk rawatan. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Pontian untuk bedah siasat, katanya. -
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 10:31:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015