Dua warga Filipina ditahan guna kad pengenalan palsu PUTRAJAYA - TopicsExpress



          

Dua warga Filipina ditahan guna kad pengenalan palsu PUTRAJAYA 29 Okt. - Dua warga Filipina ditahan selepas didapati menggunakan kad pengenalan Malaysia untuk membolehkan mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah premis di sini. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd. Said berkata, mereka ditahan dalam operasi khas yang dijalankan pihaknya semasa memeriksa kad pengenalan pengawal keselamatan terbabit. Dua warga Filipina itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini selepas didapati menggunakan kad pengenalan palsu. Kita masih menyiasat di mana mereka memperoleh kad pengenalan ini sama ada dicuri, terjumpa atau lain-lain, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: utusan.my/utusan/Jenayah/20131029/je_11/Dua-warga-Filipina-ditahan-guna-kad-pengenalan-palsu#ixzz2j6tlMa5k © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 11:40:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015