Dulu penyakit sebar berita tanpa kaji bermula dengan surat layang, - TopicsExpress



          

Dulu penyakit sebar berita tanpa kaji bermula dengan surat layang, lepas tu masuk zaman internet, mereka guna email, Facebook, dan terkni, penyakit ni datang lagi, melalui medium Whatsapp. Nampaknya, taknologi jer yang berubah, tapi kebodohan serta kejahilan manusia tak pernah berubah, dalam whatsapp, geng geng ‘politik’ di Malaysia suka share berita fitnah, lepas tu tulis: “tak tahu betul ke salah, just share..” Apa punya bangang! Kalau tak tahu betul ke salah, lebih baik diam. Sebab jika betul jadi mengumpat, jika salah jadi fitnah, dua dua tu berdosa. Bila aku tegur dalam whatsapp dengan tulis: “nak share berita tu kaji dulu, hati hati dalam sebar cerita, orang politik sila take note” Tapi geng politik jawab: “Islam dan politik tak boleh dipisahkan” Aku jawab: “Kerana islam dan ‘politik’ tak boleh dipisahkan: kenalah ikut cara islam, rujuk surah al hujarat ayat-6” Member yang lain pulak balas: “pisahkan politik dan islam adalah sekular” Aku jawab balik: “Orang suruh ikut al quran di tuduh sekular, apa punya bangang politik macam ni.!” Tiba tiba yang komen tu left group. KAH KAH KAH!. Lepas tu aku pulak kena remove oleh admin.KAH KAH KAH! Politik islam lah sangat.., ! (tangan ke bahu, mata ke atas) Tengok politik kat Malaysia ni, tak nampak macam politik islam pun.., Sebab? Bila pemimpin kumpulan lain buat silap, politik korang ajar, boleh mengumpat, pemimpin mesti ditegur, Tapi bila pemimpin korang buat silap yang sama, politik korang ajar, tak elok sangka buruk, tak elok buka aib orang, adohai.. Cara islam ke tu? Double standard?, bias?, sentimen? Kalau ikut hadith, Inilah yang di katakan pagi beriman (sebab menentang kemungkaran parti lawan) tapi petang kafir (sebab menyokong kemungkaran parti sendiri) Selemah lemah iman mencegah dengan hati, tapi korang siap sokong lagi, ke mana iman korang? Adohai... Aku ada ramai kawan yang bijak pandai, tapi bila bab masuk bab politik, tiba tiba jer jadi bodoh dan bangang! Nasihat aku, cukup-cukuplah jadi bodoh kerana politik dengan cara dedah aib musuh, tapi bela aib kawan sendiri.., Nabi Muhammad SAW bila Aisyah dituduh berzina, Nabi tak emosi dan terus bela macam korang bela ahli parti, nabi tak cakap, ini semua konspirasi, tapi Nabi siasat dulu, malahan Nabi cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri akan potong tangannya, bukan macam korang.., ahli parti saya baik baik belaka, mana ada berzina?, video besi tak boleh jadi saksi, tapi jika kumpulan lagi satu buat silap, tak ada bukti terus sebar, takde video, gambar edit pun cukup untuk percaya, itulah budaya politik sempit yang memalukan nama islam.. Akhir kata, Kajang apa cerita ni bang? Aku harap akan ada jawapan bernas dengan unsur ‘islam dan politik tidak boleh dipisahkan’ tentang isu pergolakan PKR yang nampaknya sedang memperbodohkan rakyat. Adohai.. (copy/paste dari blog keretamayat)
Posted on: Thu, 30 Jan 2014 06:19:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015