Dunia ini bukanlah tempatku.. kerana ia hanyalah RnR ke-4 sebelum - TopicsExpress



          

Dunia ini bukanlah tempatku.. kerana ia hanyalah RnR ke-4 sebelum aku singgah ke RnR seterusnya. destinasiku ke Syurga, tempat tanah airku.. bertemu Nabi Adam a.s (Datukku) dan Siti Hawa (nenekku). Aku mahu kesana segera.. kerana aku dijanjikan bertemu Pencipta diriku dan dunia yang hebat ini. Pasti Dia amat cantik dan mempesonakan basirahku. Namun di RnR ke-4 ini adalah satu-satunya tempat rehat yang sediakan air dan makanan. Bekal tupperware aku sangat special.. sebab takkan penuh walau diisi dengan banyak air dan makanan. Lepas ni RnR seterusnya takkan lagi jumpa air dan makanan.. semuanya umpama tempat roadblock JPJ, Polis dan Kastam yang cek barangan dlm tupperware. Nak patah balik memang xboleh. kalau tak bawak banyak air dan makanan, pasti haus dan lapar. Tambahan, kalau ade bawak dadah,racun, dan barang larangan, pasti akan dipenjara dan dihukum. Dan yang paling aku bimbang.. kalau aku bawa tak cukup air dan makanan sepanjang perjalananku ke kampung.. lantas aku rebah ditengah dan pasti diheret ke lembah api. Kampung Iblis.. menakutkan.. ade mcm2 haiwan yg menyengat, berbisa dan besar.. Sumpah, aku tak nak ke sana. Yang lebih menakutkan adalah..aku membawa dadah, racun dan barangan yang diharamkan. Parah.. sbb bukan shj kena heret ke kampung api.. kena hempuk.. terajang.. sepak.. dan segala macam seksa. nak wat cmne.. masuk kampung org..kena buli ar. Jadi sementara aku berada di RnR ke-4 ni.. aku nak kumpul banyak2 air dan makanan buat bekal. tinggal segala benda2 yg diharamkan. Jom..sape nak ikut aku pulang ke kampung?
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 01:10:53 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015