EKONOMI › BERITA Firma Tempatan Diseru Ambil Peluang Di - TopicsExpress



          

EKONOMI › BERITA Firma Tempatan Diseru Ambil Peluang Di Iraq KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyeru syarikat Malaysia meninjau peluang yang luas di Iraq, sambil berkata negara itu semakin stabil dari pergolakan politik dan sosialnya. Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pengeksport MATRADE, Datuk Dzulkifli Mahmud, berkata Iraq adalah pasar terbesar di Timur Tengah dan menawarkan peluang perniagaan dalam pembinaan, prasarana dan tenaga. "Ho Hup Construction Co Bhd adalah satu daripada syarikat Malaysia yang mempunyai projek dengan Al Zuhour dan Karbalo di Iraq untuk projek rawatan air dan jalanraya," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita pada seminat tentang pengurusan risiko politik dan undang-undang dalam pasaran pembinaan, prasarana dan tenaga negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Iraq. Sementara itu, pengurus serantau Trowels and Hamlins Nick White berkata syarikat Malaysia keberatan untuk memasuki pasaran Teluk dan Timur Tengah kepada sistem perundangan yang berbeza di sana dan kemungkinan pertikaian undang-undang. "Ini boleh ditangani jika mereka bekerja sejajar dengan kualiti dan risiko dan jika pertikaian berlaku, mereka (peniaga Malaysia) boleh menyelesaikannya di mahkamah tempatan di Iraq," kata White. Untuk Januari hingga Mei 2013, dagangan dua hala antara kedua-dua negara adalah pada RM85.4 juta, dengan jumlah eksport sebanyak RM84.5 juta dan jumlah import, RM1 juta. Pada 2012, jumlah dagangan antara Malaysia dan Iraq mencecah US$1.04 bilion, naik 370.5 peratus berbanding RM220.6 juta pada 2011. -- BERNAMA
Posted on: Wed, 03 Jul 2013 05:34:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015