ENAM TAHUN TAZKIRAH Alhamdulillah ... baru mendapat khabar dari - TopicsExpress



          

ENAM TAHUN TAZKIRAH Alhamdulillah ... baru mendapat khabar dari adik kandung (suami-isteri) yang sedang berada di Makkah. MasyaAllah ... Subhanallah .... Allahu Akbar ... tentu sekali saya terlalu sayangkan adik-adik ... lalu soalan-soalan saya tanya agak spesifik, 1. Hotel berapa jauh? 850 meter .... 2. Berapa ramai rakan sebilik? 5 orang 3. Bagaimana dengan rutin? Kami pulang berehat sekitar selepas solat subuh, tidur dan bangun serta pergi untuk solat Zuhur. Abe, kami balik selepas Isya (saya menangis dan mengucap syukur kepadaNya) 4. Pergi dengan rakan sebilik atau dengan Wan (suami)? Kami sentiasa berdua. 5. Rakan sebilik bagaimana? Adakah mereka solat di masjid? (Diam ...) Pesan terakhir saya .... jangan beli apa-apa di Makkah. Nanti bila sampai di Madinah, kita fikirkan di sini. Tumpukan seratus peratus sehingga selesai ibadat haji. Hampir setiap hari saya menyampaikan tazkirah, ceramah dan kuliah kepada jemaah haji, namun untuk adik sendiri saya lebih rigid dan berharap serta berdoa kepadaNya. Allah ya Allah .. berkorbanlah nanti kita bertemu di FIRDAUS. Raudzah Roslan, Rafidah Roslan, Mohd Firdaus Md Zain, Shalmiah Ibrahim, Junita Musliha, Nur Solihah, Hanis Ismail, Shaiful Anuar Ibrahim, Huurun Ain, Haris Azrai.
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 05:38:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015