Elak kejadian tak diingini Oleh NORAZLINA ISMAIL KUALA LUMPUR 18 - TopicsExpress



          

Elak kejadian tak diingini Oleh NORAZLINA ISMAIL KUALA LUMPUR 18 Nov. - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) menyarankan ahli pasukan penyelamat Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dibekalkan peralatan perlindungan ketika menjalankan operasi bantuan kemanusiaan di kawasan bencana. Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, setiap ahli pasukan yang terlibat juga mesti menggunakan peralatan perlindungan diri bagi mengelak kejadian tidak diingin. Kerja-kerja misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan KP1M di Filipina harus diberi pujian dan patut mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, insiden yang menimpa Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang cedera di kepala akibat terkena khemah yang terjatuh semasa angin kencang perlu dijadikan peringatan kepada semua ahli sukarelawan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dalam kejadian Sabtu lalu, Abdul Azeez cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban, Filipina. Kejadian itu berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan. Dalam pada itu, Lam Thye berkata, Abdul Azeez mampu mengelak kecederaan jika beliau menggunakan topi keselamatan ketika melaksana tugas di kawasan bencana. Sehubungan itu, beliau berharap semua anggota sukarelawan yang berkhidmat di kawasan bencana menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan bagi mencegah kejadian sama berulang. Utusan.
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 23:01:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015