En Iskandar, Saya dah semai benih tomato King Kong. Pokoknya - TopicsExpress



          

En Iskandar, Saya dah semai benih tomato King Kong. Pokoknya begitu cepat membesar. Malangnya selepas pokok berbunga, ia terkena penyakit. Semua daunnya melengkung ke atas secara menyeluruh tetapi pokok belum mati. ---------------------------------------- Alhamdulillah pokok cepat besar dan telah berbunga. Jika putik bunga tidak luruh, daun melengkung ke atas secara menyeluruh itu bukan tanda terkena penyakit. Jika terkena penyakit, daun akan melengkung secara berperingkat kerana penyakit berjangkit dari satu daun ke daun yang lain, tidak mungkin seluruh daun sekaligus. Jika terkena penyakit pokok pasti akan lemah dan mati. Daun melengkung ke atas atau ke bawah adalah lumrah bagi pokok tomato terutamanya ketika berbunga atau berbuah. Jika pokok sedang berbunga, pastikan tanah tidak kering terutamanya di waktu tengahari, tapi jangan pula terlebih siram hingga pokok terkena penyakit reput akar. Apa yang berlaku ialah pokok yang saudara tanam mempunyai daun yang banyak dan kadar fotosintesis diperlukan pada tahap yang tertentu sahaja. Pendedahan permukaan daun akan menyebabkan pokok kehilangan air melalui transpirasi sedangkan pokok perlukan air untuk pertumbuhan buah. Di waktu tengahari, kemungkinan pokok terima terlalu banyak cahaya melebihi kadar fotosintesis yang diperlukan. Jadi ia melengkung untuk kurangkan permukaan atas yang terdedah supaya jumlah cahaya yang diterima dapat dikurangkan. ia juga untuk kurangkan jumlah air yang hilang. Jadi daun melengkung untuk mengawal kadar permukaan daun yang terdedah kepada cahaya dan kadar kehilangan air melalui transpirasi. ia menandakan pokok sihat. Untuk kurangkan kadar penggullungan daun, boleh kurangkan keamatan cahaya dengan meletakkan pokok ditempat teduh atau letak jaring halus supaya sebahagian daripada cahaya ditapis. Jika daun tomato melengkung ke bawah itu tanda pokok tidak menerima cahaya secukupnya. Alih pokok ke tempat yang lebih cerah.
Posted on: Sun, 27 Oct 2013 08:29:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015